Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
'Cinta kami pada makanan langkaui perbezaan politik'

KISAH MUHIBAH | Malaysiakini pada April menjalankan kempen meminta pembaca berkongsi dengan kami kisah kehidupan mereka, yang mencerminkan semangat muhibah Malaysia.

Niat kami ingin berkongsi rakaman kenangan saat-saat rakyat berbilang kaum dan agama negara ini berkumpul bersama, baik menyambut pelbagai perayaan, membantu antara satu sama lain mahupun menikmati kehidupan seharian mereka.

"Mari kita berganding bahu untuk menyuburkan kemajmukan dan keharmonian!"

Untuk menyumbang, kami meminta anda menghantarkan gambar yang memaparkan pengalaman 'muhibah Malaysia' dengan kapsyen pendek berkongsi kisah mereka.

Bulan ini, kami akan memaparkan beberapa perkongsian anda yang menggambarkan betapa rakyat Malaysia menghargai satu sama lain - walaupun kadang-kadang, ia mungkin berasa sebaliknya.

Tak sama tapi satu hati

Kisah muhibah daripada Tunku Muhammad Tunku Farahat.

"Ini gambar saya bersama rakan-rakan melalui zaman universiti kami. Walaupun dari latar belakang berbeza, termasuk bangsa dan agama, kami tetap anak Malaysia."

"Selain membantu satu-sama lain dalam pelajaran, kami seronok berbual dan bergurau senda, terutamanya apabila bercakap tentang politik Malaysia."

"Walaupun kami mempunyai pendirian politik dan pandangan berbeza, tetapi sebagai pakar pemakanan (dietician), kami sentiasa bersatu hati dalam topik makanan."

"Tiada satu hari pun sepanjang di universiti sehingga hari ini kami tidak bercakap tentang makanan dan nikmat makan bersama. Cinta kami kepada makanan melangkaui sebarang perbezaan politik."

"Ia bagai jambatan yang menyatukan dan menghubungkan kami dengan satu sama lain, dan menunjukkan apa itu Malaysia yang sebenar."

Silaturahim di perantauan

Kisah mubibah daripada Charmaine Err.

"Semasa pengajian saya di UK pada tahun 2010, saya menyambut Hari Raya bersama rakan-rakan Malaysia dari pelbagai kawasan."

"Berasal dari latar belakang sekolah Cina, saya tidak mempunyai ramai rakan Melayu."

"Tapi di UK, saya berkawan dengan Fatin. Kami mula berkenalan di hari terbuka universiti, sebelum rakan-rakan lain tiba di UK."

"Fatin tinggal bersendirian dan rasa kesunyian, jadi kadang-kala saya menjemputnya ke asrama saya. Semasa Ramadan, saya masak makanan halal untuk dia dan rakan-rakan lain."

"Gambar ini diambil pada malam Krismas pertama kami sambut bersama. Kenangan ini kenangan amat saya dihargai. Tidak ada perbezaan di antara kami, hanya rakyat Malaysia menikmati bergaul bersama."


Kongsi cerita muhibah anda sendiri ke [email protected]. Kisah terpilih akan menerima langganan Malaysiakini percuma selama sebulan. Butiran lanjut di sini.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS