Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Anwar tertarik syarikat Saudi cekap - pagi bincang malam lulus

Perdana Menteri Anwar Ibrahim menggesa pekerja di sektor kerajaan supaya bekerja dengan cekap, kerana ia merupakan faktor pemacu pertumbuhan ekonomi negara.

Bercakap pada pertemuan bersama kakitangan jabatan Perdana Menteri di Putrajaya, Anwar memetik etika kerja yang dipamerkan oleh kakitangan Arab Saudi dan meminta kakitangan kerajaan supaya mencontohi teladan itu.

Anwar menceritakan pertemuannya dengan wakil syarikat tenaga Saudi semasa lawatannya ke Pulau Pinang baru-baru ini dan bagaimana dia tertarik dengan tindakan pantas mereka.

Dulu Arab Saudi antara yang (dikenali sebagai) lembab (dalam pentadbiran),” katanya.

Menurut Anwar, perbincangan bermula pada 9:30 pagi, dengan syarikat itu menyebut keperluan untuk mendapatkan kelulusan daripada perdana menteri mereka.

Hebatnya, pada jam 8 malam hari yang sama, mereka telah memperoleh semua kelulusan yang diperlukan.

Kata Anwar, dia berharap kisah teladan seperti ini akan menjadi seruan terhadap kakitangan kerajaan, supaya mengutamakan kecekapan dalam tugas harian mereka.

[Baca berita asal]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS